Ahad, 13 Jun 2010

KETARANYA PERBEZAAN INI.. DIMANA SILAPNYA KITA

Lihatlah majoriti pelajar lelaki dan perempuan. Ketara perbezaannya, walaupun didalam jurusan kritikal dan profesional


Bulan Jun adalah selalunya bulan kemasukan anak-anak kita ke Universiti,kolej,maktab dan segala macam institusi pengajian tinggi samaada Institusi Pengajian Tinggi Awam maupun Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Benarkah sistem pendidikan Malaysia hari ini tidak kondusif untuk memupuk minat kaum lelaki terhadap pelajaran? Atau adakah ia hanya sekadar alasan kepada sikap malas pelajar lelaki?, di manakah silapnya!.

FENOMENA penurunan jumlah pelajar lelaki di universiti. Statistik kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menunjukkan pelajar perempuan terus mendominasi dengan kemasukan 64.5 peratus bagi sesi pengajian 2008/2009. Kenapa pelajar lelaki semakin pupus di universiti? . Kekurangan pelajar lelaki di universiti berpunca daripada faktor berkait, secara langsung dan tidak langsung, kerana ia memberi kesan jangka panjang kepada negara dan masyarakat. Kepupusan itu akan memberi implikasi besar kepada agama, sosio-ekonomi dan psikologi masyarakat, khususnya institusi keluarga, kerana lazimnya lelaki adalah ketua keluarga.

Terima atau tidak, kejayaan seseorang itu bergantung kepada pendidikan, jadi kalau bakal-bakal bapa ini tiada pendidikan bermakna institusi keluarga akan hancur. "Ini akan menyumbang kepada masalah lain seperti fenomena 'bapa kelam' iaitu bapa yang tidak berperanan. Sudahlah isteri pandai daripada dia, nak cakap banyak tak boleh dan dalam sesetengah kes, gaji bini lebih banyak. Bapa ini powerless and meaningless (tak ada kuasa, tak berperanan).

Dalam mengaitkan kurikulum sistem pendidikan negara , menyerap sistem pendidikan moden barat lebih kondusif kepada pelajar wanita sebagai faktor menyumbang kepada fenomena kepupusan pelajar lelaki di universiti itu. Tahun 1800, sistem pendidikan Barat moden dicipta bagi memenuhi keperluan masyarakat yang dikuasai lelaki pada ketika itu sehingga berlakunya pergerakan mendapatkan hak sama rata untuk wanita di Amerika Syarikat (AS) di mana pakar-pakar akademik perempuan mencari jalan mengimbangi gender dalam pendidikan.

Bermula daripada itu, sistem pendidikan telah diubah secara menyeluruh daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran, kandungan kurikulum dan penilaian supaya lebih kondusif untuk membantu pelajar perempuan". Pada 1974, Edna Saffy (President National Women Organisation Chapter South East America) telah memberitahu , beliau menjalankan kempen untuk menggalakkan profesor (di AS) terutama di fakulti pendidikan untuk mengubah kurikulum ke arah itu.

"Ini penting kerana pemikiran pada waktu itu ialah pasca hippie dan antiperang yang secara tidak langsung mengubah haluan pendidikan". Telah berjaya memudahkan pelajar wanita berjaya dalam pengajian. Keseimbangan antara pencapaian lelaki dan perempuan di AS tidak parah kerana nilai judaeo-christian, frontier mentality dan individualism masih kuat sekali gus mendesak lelaki untuk berusaha. Berlainan dengan Malaysia, negara telah mengubah sistem pendidikan tanpa sedar (kerana kebanyakan ahli akademik sekitar 30 atau 40 tahun lepas belajar di AS) sedangkan nilai tradisi tempatan tidak mantap menyebabkan ramai pelajar lelaki hilang jati diri.

Budaya komunikasi pelajar lelaki bergantung pergerakan atau penggunaan visual dan grafik dalam pembelajaran."Ramai lelaki yang melalui proses ini hilang jati diri dan tidak bersungguh-sungguh. Sebab itu fenomena kepupusan itu parah dan Amerika sendiri mula merasa kesannya selepas 40 tahun," "Secara langsung, pengajaran secara lisan lebih membantu pelajar perempuan berbanding pelajar lelaki yang memerlukan elemen bukan lisan dalam meningkatkan keupayaannya memahami sesuatu subjek". Kurikulum yang lebih secocok dengan stail dan keperluan psikologi wanita serta sistem penilaian yang bersifat penilaian akademik (baru akhir-akhir ini diubah dengan memasukkan elemen kokurikulum) secara tidak langsung menyebabkan longgokan pelajar wanita". Bagaimanapun fakta bahawa ramai perempuan dalam universiti bukan masalah, atau gejala tidak baik. Itulah satu rahmat besar sebab masa merdeka dulu berapa ramai perempuan belajar tetapi yang menjadi masalah ialah semakin pantas kadar kekurangan pelajar lelaki itu


...............................................




1 ulasan:

kedai buku perintis berkata...

SESUNGGUHNYA INILAH YANG HARUS DIPERJUANGKAN OLEH KAUM ADAM...DAN MEREKA HARUS TERASA SEBAGAI SATU CABARAN...
BUKAN DENGAN MERENDAHKAN KOATA UNTUK MENYELAMATKAN DARI KETARAAN PERSELISIHAN ANGKA ....KAUM ADAM KAMU HARUS BERAZAM.DAN OH AZAM KAMU SEORANG YANG BERANI MEMBUAT PILIHAN.........