Rabu, 12 Mei 2010

LELAKI MUDA BOROS BERBELANJA?.

Gambar hiasan..



Kaum Adam tidak berfikir panjang ketika berbelanja berbanding kaum Hawa,kerana mereka lebih suka membuat keputusan berpandukan kehendak daripada keperluan menyebabkan mereka gagal menguruskan kewangan sehingga di belenggu masalah hutang.Penggunaan kad kredit lebih mudah untuk dimiliki, membuatkan golongan ini senang terjebak berbelanja di luar kemampuan. Lelaki tidak kisah mengeluarkan wang beribu-ribu ringgit untuk tujuan mengubah suai kereta, sedangkan ianya bukan satu keperluan.Lelaki juga perlu ukur 'baju di badan sendiri'.Cara mudah buatlah perancangan perbelanjaan untuk mengelak pembaziran.

Statistik Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) 2007 hingga Febuari 2010 seramai
25,107 atau 69 peratus daripada 36,547 pelanggan yang mendapatkan hidmat Pengurusan Kredit Agensi adalah kalangan lelaki. Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Profesor Dr. Mariani Md Nor berkata, lelaki mempunyai keinginan dan pemilihan untuk mendapatkan sesuatu keperluan boleh mengakibatkan pembaziran.

Begitu juga bila bersosial , lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan mereka sering menunjuk-
nunjuk akan kebolehan mereka, makanan adalah keperluan setiap orang tetapi bila memilih
restoran yang mahal-mahal atau hotel-hotel untuk menikmatinya, maka ia telah menjadi satu
kehendak. Andainya pandai memilih di antara keperluan dan kehendak maka sikap boros tidak
akan berlaku dan masalah hutang tidak mungkin di hadapi oleh orang lelaki. Kehidupan di- bandar-bandar besar juga mendorong golongan ini untuk boros di sebabkan tidak mahu ketinggalan daripada orang lain, sehingga terlupa kemampuan diri sendiri. Jadi untuk itu
lelaki haruslah punya perancangan kewangan yang baik bagi memberi kemudahan dan keselesaan hidup dalam jangka masa panjang.

.....................

Tiada ulasan: