Rabu, 11 November 2009

RMIT MELBOURNE DALILA




Nurdalila nama bermakna " cahaya petunjuk ".... mungkin nama adalah melambangkan peribadi dan pembawaan sesorang. Dalila ni dari kecil memang mudah dan senang dibentuk..

Permulaan persekolahan di tadika Abim Segamat selama satu setengah tahun.. apabila hubby berhijrah ke Kluang, terpaksa bertukar tadika pula... Tadika Convent di mana cara pemakaian sudah terkeluar dari cara pakaian di Abim dulu... amat sukar untuk membuat perubahan.. maklumla dari tadika berkonsepkan pendidikan agama islam kepada pendidikan berteraskan kemodenan dan penguasaan bahasa Inggeris keseluruhannya.Bukan di sini tidak mahu meneruskan pembelajaran seperti di Segamat tetapi tadika tersebut jauh dari penempatan ku.

Bermulalah detik pembelajaran anakku ini. Begitu asing bagi dia untuk menguasai bahasa Inggeris dan dengan ketekunan serta usaha tanpa jemu akhirnya dia boleh la sedikit demi sedikit faham dan boleh bersaing bersama pelajar-pelajar yang berbangsa Cina dan India.
Mungkin ini adalah kurniaan dari Illahi, Dalila walaupun pada mulanya peratusan markah peperiksaan jatuh merundum tapi akhirnya dia dapat mencapai kumpulan top three.Dari nombor 37 dalam darjah dia boleh melonjak ke no 2... memang menakjubkan dan itulah mungkin usaha itu tangga kejayaan.

Masuk darjah empat hubby berhijrah ke Segamat pula. Anak-anakku terpaksa beralih sekolah.
Dari sekolah Convent Dalila belajar di Sekolah Kampong Jawa pula... memang sukar dan payah juga anakku nak menyesuaikan diri tapi lama kelamaan berjaya juga dia menempuh halangan. Setelah tamat darjah 6 Dalila berhijrah ke sekolah berasrama penoh. Itulah cita-cita Dalila dari kecil dan tercapai juga impian dan bersekolah Maktab Rendah Sains Mara di Mersing...dari Mersing Dalila ke Langkawi pula kerana pencapaian akedemi dia lagi cemerlang.

Habis SPM Dalila dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara...Peluang tidak disia-siakan. Pada 16hb Februari 2009 berlepaslah Dalila ke Melbourne Australia dan disana dia mengikuti Pengajian Kejuruteraan Mekanikal di RMIT. Ingat wahai Dalila.... setinggi mana
sekali pun kamu mencari ilmu.. jaga diri,tingkah laku peribadi, dan buatlah segala suruhan Allah.Semuga Dalila akan terus berjaya mencapai segala cita-cita dan impian.....

Tiada ulasan: