Sabtu, 13 Ogos 2011

MENGELAMUN LAGI


Lamunan
terbit tatkala sendirian
fikiran menerawang jauh
menerjah kesudut yang tiada sempadan
andai begitu banyak orang yang lega
setelah putus asa menderita
begitu juga banyak yang bahagia
setelah dia putus asa


sebaiknya engkau telah menahan diri
sedangkan air mata
semakin mendesak untuk tercurah
kebahagian pasti tiba
orang yang jahat pasti tercela
segala keburukan telah menimpa
saatnya kelegaan menjelma

Betapa pandanganmu nyata
sementara yang lainnya terpejam
di dunia ini nyata sesuatu boleh ada
dan boleh juga tiada
maka lemparkan sekuat tenaga kesedihan hatimu
sebab kesedihanmu
ianya akan hanya membuatkan dirimu merana
sesungguhnya engkau telah ditakdirkan
apa persediaanmu di hari esok
takdir telah menetapkan
apa kecukupanmu esok hari
dan engkau akan merasa
kecukupan itu
ternyata kini engkau telah mengubah
segala kesulitan
dan akhirnya engkau mengecap
kebahagian itu jua

******




1 ulasan:

kedai buku perintis berkata...

lorong kehidupan yang telah ditentukan manun lukisannya boleh berubah dengan doa.