Sabtu, 30 Julai 2011

RAMADHAN KEMBALI LAGI


Tanpa disedari...
usiaku telah meningkat lagi
dunia juga kian berubah waktu
perubahan masa kian singkat
masa,hari,minggu,bulan terus berlalu
kenangan terus pergi
kini telah muncul kembali
bulan untuk menyucikan diri
dari segala silap dan dosa
semuga hari-hari lalu
dijadikan ikhtibar untuk terus
menuju kebaikan
biarlah kenangan lalu
terus dalam ingatan
agar hari-hari mendatang terus
menyinari hidup dari
segala kegelapan..

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubaraq buat
teman-teman yang sering mengunjungi laman
ku yang tak seberapanya ini.
aku juga memohon semua
kesilapanku harap dimaafi
kerana aku juga insan biasa
sering melakukan kekhilafan
kerana kita tidak semuanya sempurna
hanya padanya kita memohon
agar diampuni segala dosa dan noda
Semuga kalian diberikan
hidayah dan kehidupan yang lebih bahagia dan
semuga diberkhati segala amalan perbuatan kita.Insyaallah...


*****************

Tiada ulasan: