Jumaat, 15 Julai 2011

LIKU-LIKU PERJALANAN INI BILA AKAN BERAKHIR!!!



Perjalanan makin jauh terasa
naluriku bisa mengetuk perasaan halus membisik
apakah tempoh usia makin berkurangan
sedikit ketakutan dan kebinggungan
menjelma dalam setiap rongga
selagi terdaya ku pertahankan
keupayaan ku tersekat dihentian ini
membungkam,membeku,bernanah bisa
selagi luka ini berdarah
tiada yang upaya menyembuhkannya
biar laluan sukar didepanku
biar goyah imanku
walau seribu rintangan
menghalang
aku pasti tidak gentar
dengan sifat egomu
tiada tulus hati kebalmu
memandang penoh kebencian
kerana aku adalah insan serba kerdil
pada pandangan matamu
aku adalah hina dina
biarpun anggapanmu
tetapi aku bahagia dengan jalan kehidupan ini
aku terima seadanya
kiasan darimu
insan yang penoh keegoan
pergilah dengan lagakmu
akhirnya nanti siapa benar dan siapa salah
prejudiskan dirimu
aku mengerti
sempurnanya manusia
adalah punya akhlak dan peribadi
yang tulus ikhlas
setiap tindak tandukmu
aku tidak akan kecewa
kerana aku tahu
engkau memang seorang
yang bersifat pentingkan darjat
dan kekayaan
ingatlah selama mana
langit itu tidak selalunya cerah
berhati-hatilah


******

Tiada ulasan: