Jumaat, 1 Julai 2011

HARI GEMBIRA TAPI PAHIT TERASA


Syukur ke hadrat Illahi kerana sempurnalah sudah majlis pertunangan anak sulungku pada 26hb Jun baru ini.Namun segala kegembiraan terselit secalit kepahitan yang sukar aku lupa sehingga akhir hayatku. Kenapa perlu terjadi demikian tatkala semua keluarga kedua-dua pihak berkumpul dengan suasana penoh harmoni, masih ada mulut-mulut yang tidak puas hati,masih menyimpan dendam lama terhadap keluargaku?.... Kenapa mulut jahat itu sering mengucapkan gurauan pada anak-anakku dengan perkataan yang memedihkan dan meyakitkan hati mereka?...

Anak-anakku bukan budak-budak lagi perlu diperli,diperkotak katikkan demikian rupa,mereka masih punya harga diri dan maruah dalam menentukan kehidupan mereka sendiri...aku sangat berbangga punya empat orang anak yang telah berjaya dengan kerjaya masing-masing,dimana mereka tidak pernah hendak menyusahkan semua saudara mara, walau pun dalam apa bentuk sekalipun sehinggalah untuk pertunangan ini, anak-anak tidak meminta bantuan dari mereka..apa perlu semua ni???.. kenapa kerana anak-anak aku tidak menyusahkan mereka, maka mereka di cop anak kurang ajar, anak yang telah lupa diri, anak yang bongkak dan sombong??..





Gambar ini lah yang menjadi kenangan selamanya dimana salah seorang yang menjadi dalang kemelut ini....


Itulah telah ada pepatah berkata "kerana pulut santan binasa" sebab mulutlah akhirnya diri rasa merana dan akhirnya jalan terbaik untuk mengelakkan dirinya dari dipersalahkan orang lain dibabitkan bersama. Anak-anak aku sudah besar dan mereka punya kerjaya sendiri dan mereka patut berbangga dengan usaha titik peluh, dan usaha keras dalam mencari kehidupan yang lebih bermakna, apa perlu orang lain pertikaikan kehidupan anak-anak aku!!..Jika anak-anak aku meluahkan perasaan mereka sesama sendiri, kenapa perlu orang yang tidak berkenaan merasa terguris, sebab musabab belum pasti siapa yang diungkapkan dalam perkara ini, tapi dengan mudah tidak ada usul periksa berita yang belum sahih telah tersebar luas. Hingga aku yang tidak tahu menahu duduk perkara terkena tempiasnya. Aku dimarahi tanpa sebab dan mencemuh diriku ini tidak mengajar anak aku. Apa perlu aku mengajar anak aku yang telah dewasa! mereka bukan kanak-kanak yang perlu diasuh dan dididik lagi. Aku telah ajar mereka dari dulu dan lihatlah hasilnya semua mereka ini telah menjadi manusia yang punya harga diri yang kerjaya masing-masing..





Engkau tahu tak diri engkau tu, sempurna ke tidak,adakah engkau tu semua perkara sangat baik dan tidak ada cacat celanya!.. sudahlah..jangan ingat engkau tu orang yang mulia dan yang terbaik dalam semua keadaan. Cermin diri dan tengok dalam hati nurani engkau yang busuk. Jika aku menilai diri engkau tiada apa pun yang istimewa dari yang lain-lain. Apakah engkau telah menjadi insan yang mulia selama ini!..adakah engkau telah berjaya mendidik keluarga engkau sehingga sesempurnanya!..adakah engkau menjadi ibu mithali yang terbaik dari yang terbaik. Dalam dunia ini tidak ada yang terbaik..semua manusia punya kekurangan dan ada yang punya kelebihan tersendiri. tapi bagi aku engkau adalah manusia yang paling bodoh dan manusia yang pentingkan diri sendiri. Tak payah nak membezakan orang lain. Diri sendiri pun mengharapkan belas ehsan dan menyusahkan orang.Memang mulut engkau lebih bisa dari sebilah pedang.Diam dirimu bukan diam berilmu tapi diam dirimu penoh hasad dengki dan khianat.

Tidak ada nilai wang kalau budi pekerti masih ditakuk paling bawah martabatnya. kerana pekerti yang baik dan akhlak yang mulia masih disanjung tinggi dalam peradaban. Walaupun dunia telah semakin maju, tidak semestinya rasa hormat makin terhakis.





Cukup-cukuplah wahai insan yang aku hormat selama ini.. Jangan jadikan aku kuda tunggangan kalian. Apa pun kesilapan yang dilakukan jangan cuba di salahkan pada orang lain. Aku mahu keharmonian keluarga aku, jangan ada dalang cuba nak memburuk-burukkan keadaan. Aku bahagia, perlukah kelian khianat dengan kebahgiaan aku dan anak-anakku!...Jangan ingat perbuatan yang dilakukan itu senantiasa menang bagi pihak engkau..Ingatlah setiap perbuatan jahat lambat laun ada juga pembalasan. Selama ini apa yang dilakukan aku dan keluarga mendiamkan diri dan tidak mahu mengeruhkan keadaan. Namun sampai bila kesabaran keluarga aku boleh bertahan!. Nah sekarang telah terbongkar sudah kejahatan mulut-mulut yang sering celupar dan busuk hati. Kalau masih tidak sedar diri entahlah... ingatlah apa yang kita lakukan pasti kejahatan itu akan berbalik juga akhirnya pada diri kita nanti.

Buatlah sesuka hati...Aku tetap seperti aku yang dulu.. tidak pernah berubah.. mungkin kerana aku sekarang telah punya anak-anak yang berjaya untuk masa depan, aku di tuduh lupa diri dan berlagak..aku tidak kisah...sudah-sudahlah jangan disiram kan lagi minyak dalam api yang sedang marak.. kelak api yang marak itu juga akan membakar dirimu disana diatas keburukan hasad dengki yang bersarang dalam kalbu.

Ingatanku buat anak-anakku tersayang. Biarlah kejadian yang berlaku tentu ada hikmahnya.. sebab selama ini apa yang berlaku kejahatan dan keburukan sering dilemparkan terhadap keluarga ini. Semuga Allah memberikan kekuatan diri buat kita menghadapi situasi kehidupan dimasa depan dengan lebih bahagia..Biar sekalipun ikatan persaudaraan kini telah terputus. Tapi kehidupan perlu diteruskan kerana selama ini pun memang kita telah disisihkan. Kita masih teguh hingga kini..

Buatlah pengajaran wahai anak-anakku, kerana kehidupan ini penuh ranjau dan duri dan sering ada sahaja rintangan didepanmu..Semuga kehidupan anak-anakku dan rumah tangga kalian bahagia sehingga keakhirnya.


******************


2 ulasan:

kedai buku perintis berkata...

sabar yong.

dugaan datang tidak kira dalam keadaan apa sekalipun..tumpang tidak ceria....

noorss berkata...

udah laa tu yong... bawak banyak bersabar... tu semua dugaan kita dan keluarga... banyak bersabar ya. Yang penting misi aku berjaya .. hahahahah...