Sabtu, 29 Januari 2011

PEMERGIANMU SUATU KEHILANGAN BUATKU SAHABAT

Tanggal 26 hb Januari 2011, bersamaan hari Rabu, aku terdengar handphone aku berdering, tetapi aku macam malas nak angkat,disebabkan aku masih penat kerana baru pulang dari Bandung Indonesia, memang aku tak angkat pun. Sejam kemudian jariku macam gatal nak buka mesej yang aku terima. Innalillahhiwainnaillahhirajiun. Subhanallah, kenapalah aku ni agaknya!.kalaulah dari tadi aku angkat call masuk kan aku sudah tahu siapa yang call aku.. Inilah padahnya kalau malas dan sambil lewa. Aku terkedu dan terpaku sebentar kerana terkejut dengan pemergian sahabat karibku dari Tenang Segamat Johor.

Tiada ucapan yang dapat aku ungkapkan.Hanya setitis doa aku kirimkan buatmu Arwah Zubaidah atas pemergianmu mengadap Illahi.Hanya DIA yang dapatku pohon agar rohmu
di tempatkan dikalangan orang-orang yang di kasihi Allah swt. Mujur aku dan keluarga telah melawat mu sahabat pada musim cuti sekolah bulan lepas. Memang semasa aku melawat arwah, aku dapat rasakan bahawa beliau mungkin tidak punya harapan apa-apa, jika pun itu adalah satu miracle, hanya kuasa Allah yang menentu segalanya. Aku rasa terharu dan simpati atas penderitaan sahabatku kerana mengidap kanser payudara dan telah melakukan pembedahan. Semua yang diharapkan untuk sembuh sepenuhnya agak sukar dijangkakan.

Namun apa yang aku rasa terkilan, kerana aku lewat dan tidak mempedulikan panggilan telefon, jika tidak aku mungkin dapat melawat arwah pada hari kematian sahabatku. Apapun semua itu sudah menjadi kenangan dan aku berharap semuga suami dan anak-anak arwah sahabatku tabah dan redha akan kepulangan orang yang mereka sayangi dan diletakkan dikalangan hamba-hambanya yang solihen..


******************

Tiada ulasan: