Sabtu, 18 Disember 2010

MUROQOBAH DIRIMU







Tatkala sirna malammu
menginjak waktu ke dini hari
lalu liqamu bersamanya
membawa seribu pengertian baqa
awasilah tubuh bahasamu
muroqobah dari ulitan pancaran godaan nafsu
syaitan jeling menjeling
anggurmu terus lenyap
piala iblis akan menjulang kedepan

Wahai insan yang bernama adam dan hawa
persis dirimu dijaga rapi
tatkala anggur mu lenyap dari mulutmu
tiba kapan juga iblis melenyapkan anggurmu
engkau alpa
sirnamu dari belenggu takwa
anggurmu musnah berantakan
kerana iblis telah punya piala
kini intihamu kejalan musnah

Sadarlah wahai nurani
kerana hidup penuh izhar
kelak bahasa dan tubuhmu
membawa syatahat yang Esa
pasti engkau dilindungi
dari siksa kepanasan
yang menjulang jauh ke baqa.


***************

Tiada ulasan: