Isnin, 6 Disember 2010

KEHIDUPAN YANG BAIK


Mereka sering memujukku
pujukan itu aku tolak lembut
Mereka menakutkan aku dengan kematian
tetapi aku tetap bersikap tegas
sehingga mereka merasa bosan
kerana aku tidak pedulikan mereka
mereka masih tidak putus asa
lantas kegilaan mereka tetap padaku
aku ditinggalkan sendirian
namun mereka masih mendugaku
tapi aku turun untuk melanjutkan tekadku
mereka tetap mahu menurunkan aku
pada tahap yang mengaibkan
Tetapi aku kembali naik meniti jalan kebenaran bersendirian
Ku usir lagi kematian yang datang
hingga ia pulang berpaling
dan kematian kuhalau jauh ke belakang
dengan tiada daya upaya
Jangan rasa takut dan jangan pula berdukacita
keyakinan dan keteguhan iman
tidak akan pudar dan hilang
selama jasad belum lagi di benamkan dalam lahat
Aku telah berjanji setia
untuk tetapkan kekuatan kendiri
pada perjanjian di alam luh mahfus
alam azali
Pada sahabat dan rakan
kini aku telah banyak mengenal
membawa pengajaran dan pengetahuan
bahawa kehidupan ini
hanya sementara
kehidupan disana belum pasti
bukan kerja kita
untuk mentafsirkan keburukan
atau kebaikan
kerana itu adalah kerja NYA
hanya kita berkorban diri
berkhidmat pada ketentuan
bila tiba saatnya nanti
kepergian pasti akan dirasa tenang dan aman.


***********************


Tiada ulasan: