Ahad, 27 Mac 2011

JANGAN TINGGALKAN AKU


Bagaimana aku hendak mulai
perkataan yang indah dan mulia
kerana aku bukan seorang penyair
juga bukan seorang pemadah
kerana jiwa ku kini bagai dimamah
seperti si taring yang sedang
mengoyakkan tubuh ku dan jantungku

Kerana aku tahu aku manusia biasa
sering punya prasangka
punya hati yang goyah
kerana aku bukan siapa-siapa
aku juga bukan idola
yang boleh dijadikan tauladan
kerana aku juga sering punya kesilapan
dalam membuat keputusan
kenapa ..
aku lupa diri sebentar
kewarasan aku jauh terpinggir
dalam menentukan haluan
aku sedar
aku hanya hamba yang kekurangan
akal dan fikiran
membuat tafsiran
tanpa rujukan
namun aku harapkan
andai kesilapan ini
membuatkan engkau terhiris
dan terguris
pohon seribu kemaafan dari mu
aku tidak dapat menghadapi
kehilangan dirimu
kerana engkau adalah
segalanya
sahabat,teman dan orang yang
paling aku hormati
ampuni aku
maafin aku
muga diri mu dirahmati dan diberkati

***********




3 ulasan:

  1. yong.
    kita bukan siapa siapa
    sendiri sendiri dalam dunia
    jauh jauh kita meneroka
    dekat dekat kita bersama
    dalam jiwa dalam minda
    jarak masajarak jauhnya
    kita tetap bersapa dalam maya
    aku kawanmu
    tetap disini
    melihat kamu
    dan lukamu
    pasrah kita dalam waktu
    bersama.tidak terucap bicara

    BalasPadam
  2. zeza
    terasa kecil dan kerdil diri ini
    pabila usia kita makin jauh
    aku merasakan kita semakin ada jurang
    hidup seharian penuh kesunyian
    Bukan aku meratap
    tapi aku rasakan kehidupan kita
    kian melewati
    jauh dan terpinggir
    tiada lagi keriuhan dan
    tiada lagi gelak ketawa
    seperti dulu zeza
    cuma kamu dan blog aku
    pengubat segala kebosanan ini
    terima kasih sahabat

    BalasPadam
  3. yang terdetik dihatimu
    begitu yang berdetak dihatiku
    "terasa" begitu berkuasa
    dipinggirkan dan disunyikan
    oleh mereka kesayangan kita
    air mata murah je menitis
    saat menjengah anak dibilek
    seperti menganggu rasa terdetik.
    hanyut mereka tanpa peduli
    bicara kita cuma dialam maya
    diam kita berair mata
    namun doa tetap iringi mereka
    hanya maya pengubat luka

    BalasPadam