Khamis, 26 Ogos 2010

SUKARNYA HIDUP INI


Hidup kita amat senang dan mewah
tiada derita dibumi kerana didera
kelaparan,kesempitan,kesengsaraan
pedih penderitaan, kefakiran dan wabak penyakit.

Bergembiralah
kerana engkau bakal kenyang
bahagia,senang dan sihat
namun
masihkah engkau lena dibuai mimpi-mimpi indah
tatkala
insan lain menderita keperitan

Mereka terlihat saat malam mulai gelap
tubuh longlai tidak berisi
lemah tidak berdaya
melangkah kedepan umpama
laluan berduri

Sedangkan fikiran dan emosi
tidak keruan
dimana
sesuap makanan diminta
dihulurkan tangan yang lemah
meminta sedikit simpati
apakan daya
tangan-tangan keras
dilemparkan kemuka

Inikah suratan
ataukah balasan!
dimana kasih dan harga diri!
engkau bukan dibuai lena
namun engkau tidak meminta
belas ihsan dari mereka

apakan daya engkau
tidak berupaya
namun kasihanilah
berilah sedikit ruang
sesungguhnya
masihkah ada jalan keluar dari derita ini
maka hanya pada DIA
Yang mengharapkan pertolonganNYA
Raja Yang Berlimpah PemberianNYA
Esa Lagi Maha Agong.



*******************

2 ulasan:

  1. Aduhai
    betapa
    dimuka bumi
    mewah makmor ini
    masih lagi ada rupanya
    manusia perit derita sengsara

    Sedang kita yang bertuah
    takdirnya lahir dibumi bertuah
    nekmat dengan rezki melimpah ruah
    lupa dalam alpa berbalut rasa megah
    sehingga terlupa memberi nilai harga
    terhadap segala nikmat yang ada
    sehingga semarak kebencian
    menggulung bantah sanggah
    seperti orang lupa tujuan
    khufur pada nikmat bertaburan

    Semuga mencurah hidayah menyedarkan
    untuk kita kembali mencari laluan sempurna
    menuju hari muktamad perhitongan

    BalasPadam
  2. Benar bagai dikata C L J
    Ya Allah , pilu sgt bila melihat
    mereka2 ini kelaparan dan kehausan
    kerana kemiskinan. Syukur nikmat Allah keatas kita dimuka bumi bertuah ini kerana masih dapat menikmati rezeki yang mewah.

    Namun kadang2 kemewahan itu masih ada juga berlaku pembaziran.

    Semuga kita dilindungi dari segala sifat takabur dan riak...Insyaallah..

    BalasPadam